____________________________________
IMAN bersama menentang kezaliman
____________________________________

Matlamat

1. Memastikan agar wakil IMAN menjadi ahli di dalam Majlis Perundingan Antara Agama, bagi mewakili rakyat Islam di Negeri Selangor.

2. Mewakili umat Islam di dalam segala aspek yang berkaitan dengan kepentingan umat
Islam di Negeri Selangor.

3. Menyediakan satu flatform  untuk ahli-ahli membincangkan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Islam di Negeri Selangor.

4. Mendapatkan, memungut dan menerima wang menerusi sumbangan, derma, yuran gabungan, wasiat, berian dan lain-lain cara yang halal dan menerima pemberian serta memiliki sebarang jenis harta sama ada tertakluk kepada sebarang badan amanah khas ataupun tidak, untuk kegunaan IMAN.

5. Melakukan aktiviti yang boleh menyokong dan bersesuaian dengan objektif IMAN sepert penyelidikan dan pembangunan, kaunseling, pembagunan ahli dan sebagainya.